Pejam celik pejam celik, nak masuk tahun 2022 dah. Sat lagi nak masuk 2032, begitulah. Masa yang berjalan sangat pantas yang mencemburui kita. Sekejap sangat rasanya hidup ini.
2021, bagi aku tahun yang banyak sangat berlaku kematian dan kemusnahan. Well at least sepanjang hidup aku lah. Orang yang rapat dengan aku, orang yang aku kenal dan orang yang aku tak kenal, masing-masing meninggalkan kehidupan dunia yang sementara ini. Kita diuji dengan pelbagai ujian tahun ini, tetapi nikmat yang kita perolehi juga tak terhitung kiranya. Aku rasa.. aku tak tahu nak rasa apa. haha. Aku harap untuk umur aku kedepan kedepan ni, ada la character development yang dapat aku capai. Banyak kekurangan, aku tahu itu.
Aku sekarang dalam proses degree life. Korang doakanlah aku ya! Doakan aku boleh belajar tanpa jemu dan sentiasa amalkan ilmu yang aku peroleh selama ni. Korang doakan la urusan aku dipermudahkan dan aku boleh berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Oh btw aku ambik bidang Pendidikan Khas di UKM. Seriously aku tak sangka ini bidang yang aku pilih dan diberi rezeki untuk diterima masuk. Nanti lah aku cerita hahaha.
Akhir kata, aku ucapkan selamat maju jaya kepada korang semua. Tak kisahlah tengah nak UPSR ke, SPM ke, diploma ke, Phd ke , nak cari kerja ke, nak kahwin ke, nak jaga anak ke.. semoga setiap langkah dan usaha baik kita Allah swt sentiasa pandang dan limpahkan keredhaanNya. Syurga milik kita semua insyaAllah :) Aamiin !
Dahla, aku nak sambung buat gheje. tak habis lagi ni wei hahaha..